Kenapa Membuat Blog

Malaysia negara penuh dengan peluang

Malaysia negara yang bertuah!

Lihat tag di atas kita dapat rasa Malaysia ialah satu negara yang sangat orang akan rasa cemburu dari setiap sudut sama seperti orang-orang yang melihat celeb-celeb Instagram. Penuh dengan kekayaan bumi, rakyat pelbagai kaum dan agama hidup dengan aman, makanan yang sedap, dan bermacam-macam lagi nikmat yang dilimpah-kurniakan Tuhan untuk negara Malaysia ini. Tetapi, pada pendapat saya ada satu yang kurang didalam segala nikmat yang ada. Iaitu:

Perkongsian Ilmu

Dalam dunia internet ini, kita dapat lihat pelbagai teknologi baru dan ilmu yang boleh dipelajari tidak kira masa dan tempat. Di dalam dunia internet yang luas itu, saya dapati terlalu sedikit perkongsian ilmu yang di buat oleh rakyat Malaysia. Kita selalu search benda baru didalam Google tapi kebanyakannya ilmu yang kita jumpa itu dari negara yang lain. Saya tahu dalam Malaysia banyak expert-expert dalam pelbagai bidang tetapi kurangnya expert-expert ini berkongsi ilmu atau skill yang ada pada mereka membuatkan Malaysia kurang dari menyerlah dalam perkongsian ilmu. Seronoknya kalau kita search di Google dan result search yang keluar adalah dari Malaysia.

Mungkin akan ada orang kata,

Orang Malaysia ramai guna Twitter FB nak share ilmu, ko je tak pakai FB dengan Twitter

Ya, betul. Twitter dan Facebook boleh digunakan untuk kongsi pelbagai benda. Tetapi, medium itu pada pendapat saya tak sesuai digunakan untuk perkongsian ilmu. Twitter dan Facebook banyak kacau-bilau dan distraction. Anda boleh bayangkan satu artikel yang isinya menarik, tulis lebih dari 400-500 patah perkataan tetapi dimuatkan dengan tulisan yang kecil yang susah dibaca. Ini menyebabkan apa yang ingin dikongsi kadang-kadang tidak sampai kepada pembaca.

Gunakan alat yang betul untuk membuat kerja dengan betul.

Thread di dalam Twitter kalau dapat dibuat buku, sudah pasti ramai Rakyat Malaysia boleh jadi penulis. Kekurangan penulis di kalangan rakyat Malaysia juga adalah di antara sebab perkongsian ilmu ini kurang. Zaman internet sekarang, apa salah nya kalau kita menulis di dalam medium yang lebih sesuai seperti blog atau pun e-book.

Oleh itu, terdetik di hati saya

Kenapa tak buat blog je untuk share ???

YES! Di situlah terlahir nya blog anuarariff.net ini.

Insyallah, dalam blog ini saya akan cuba kongsi pelbagai benda yang menarik seperti tutorial, pengalaman dan cerita. Setiap benda yang kita lakukan mesti ada goal dan goal saya untuk blog ini adalah supaya ia boleh menjadi manfaat kepada semua pembaca yang datang ke blog ini.

Saya akhiri blog ini dengan serangkap pantun:

Buah Momo di kebun jiran,
Minta sebiji diberi sembilan,
Ilmu bukan untuk disimpan,
Perlu dikongsi,dijadikan amalan.