Bagaimana mahu mula programming?

Programming itu mudah

Example image

Programming.

Bila dengar perkataan tersebut ramai pelajar ketika saya saya sedang belajar di UNISEL akan mula panic. Ramai yang menganggap programming itu sesuatu benda yang susah, benda yang hanya boleh dipelajari oleh orang-orang Google (baca nerd). Sebaliknya, kalau mereka tahu cara yang betul dan dengan usaha yang tinggi, saya yakin sesiapa saja boleh belajar bukan sahaja programming tetapi segala apa ilmu yang ada di muka bumi ini. Sama seperti Khan Academy punya marketing strategi:

You can learn anything

Pada pendapat saya, saya setuju dengan strategi tersebut sesiapa pun boleh belajar apa yang mereka mahu. Begitu juga dengan programming. So, kali ini saya mahu berkongsi cara untuk belajar dan memulakan programming dengan cara yang mudah. Cara-caranya:


1. Cari goal yang ingin dicapai

Back to Basic. Set goal kita. Sebelum belajar sesuatu cuba tanya pada diri kita.

Apa yang ingin aku capai??

Ada orang belajar programming untuk cipta Apps, ingin membuat website dan ada juga yang ingin membina robot. Tak kisah lah apa pun sebabnya cuba tetapkan satu goal sebelum mula belajar. Kalau kita ada goal, ia akan membuatkan kita lagi bersemangat untuk belajar dan kurang untuk berputus asa.

2. Belajar basic komputer (bagi yang “mahir” guna PC boleh skip step ini)

Belajar asas-asas menggunakan komputer adalah step yang penting. Belajar istilah-istilah komputer seperti file, folder, OS dan pelbagai lagi. Zaman sekarang ramai yang ada PC dan pada saya ramai akan skip step ini. Ada juga di kalangan kita yang dah pakai PC tetapi hanya tahu guna untuk surfing the internet, Facebook Twitter etc sahaja. Bagi beginner yang tidak tahu apa-apa, boleh mula untuk belajar asas-asas komputer sebelum memulakan programming.

Ramai yang pertama kali belajar programming agak lemah dalam asas-asas mengunakan komputer. Ini menyebabkan apa yang dipelajari ketika belajar programing nampak seperti susah. Oleh itu, mantapkan asas-asas pengunaan komputer kita dan Insyaallah kita mudah untuk belajar programming nanti.

3. Cari medium untuk belajar

Untuk step ini, saya akan senaraikan beberapa medium yang anda boleh gunakan untuk mula belajar programming. Saya juga akan urai sedikit pro dan cons untuk setiap medium dan cubalah untuk pilih mana-mana medium dan selaraskan dengan kondisi anda.

Antara medium yang boleh digunakan ialah:

  • Website Tutorial
    Bagi yang ada internet dan malas mengunakan buku, carilah website tutorial di dalam internet. Mengunakan website tutorial untuk belajar programming adalah sangat disyorkan kerana sangat mudah dan cepat. Sekarang terdapat pelbagai website yang menyediakan modul programming yang mudah dan selalunya website tutorial juga akan menyediakan enviroment atau tools(alat-alat) yang diperlukan untuk programming. So, kita tak perlulah pening kepala nak sediakan macam-macam benda untuk belajar. Untuk post yang akan datang saya akan cuba untuk kongsi beberapa website yang saya gunakan untuk belajar programming.

  • Buku
    Belajar menggunakan buku adalah sangat mudah dan klasik. Ada buku(e-book) percuma yang boleh dicari di internet atau pun pergi ke Kedai Buku Cemerlang(baca Kedai Buku) dan beli panduan programming. Classic tak semestinya tidak bagus. Kelebihan belajar menggunakan buku, adalah kandungan buku kebanyakannya lebih teratur dan mudah difahami dan pada pendapat saya dengan buku, kita lagi mudah untuk membandingkan kandungan dengan buku-buku yang lain supaya buku itu sama dengan goal yang kita dah tetapkan.

  • Pergi ke bootcamp ataupun kelas
    Bootcamp dan kelas adalah cara terbaik dan efficient. Dengan adanya orang untuk mengajar, ianya lebih baik dari belajar sendiri. Kalau ada apa-apa masalah yang kita hadapi, kita boleh terus bertanya kepada orang yang mengajar. Walaupun bootcamp dan kelas adalah cara yang terbaik, kosnya agak tinggi. Satu kelas ataupun bootcamp boleh mencecah ribuan atau pun ratusan Ringgit. Jika anda ada duit lebih untuk dibelanjakan, saya rasa cara ini adalah cara yang terbaik.

4. Cari guru ataupun mentor

Untuk belajar programming, carilah guru ataupun mentor yang boleh kita bertanya jika ketika menghadapi masalah ketika sedang programming. Ketika memulakan programming kita pasti akan berjumpa dengan pelbagai masalah. Kadang-kadang walaupun kita cuba cari di Google sekalipun kita tak dapat nak selesaikan. Masa beginilah kita boleh bertanya kepada guru ataupun mentor kita untuk menyelesaikannya.

Kebanyakkan yang ingin memulakan programming selalunya akan menyerah kalah separuh jalan disebabkan masalah yang dihadapai ataupun selepas mencuba pelbagai cara tetapi tidak juga dapat selesaikan masalah tersebut. Dengan ada nya guru atau mentor, dapat lah kita mengurangkan beban kita ketika menyelesaikan masalah dalam programming

5. Cari rakan untuk belajar bersama

Yang terakhir ni saya rasa mudah untuk di buat. Sama seperti bermain bola ataupun badminton. Carilah rakan yang kita boleh belajar programming bersama. Rakan programming anda tidak perlulah berada bersama anda. Dengan wujudnya dunia internet, anda boleh mencari di Facebook, Twitter ataupun di mana-mana forum yang berada di dalam internet.

Rakan untuk belajar bersama boleh membuatkan kita lebih bermotivasi dan juga menjadi pesaing kita untuk kita terus berprogramming. Kita juga boleh berbincang atau menyelesaikan masalah bersama-sama dan manalah tahu, bersama-sama mereka kita boleh dapat business partner untuk kita startup 😃


Untuk memulakan sesuatu perkara yang baru agak sukar untuk semua orang. Saya harap dengan tip-tip yang saya berikan ini boleh membantu anda.

Langkah yang saya tulis ini bukan perlu di ikut 100%. Mana yang sesuai dengan keadaan anda silalah ambil, selaraskan dengan keadaan anda dan saya berharap ia dapat membantu anda memulakan perjalanan di dunia programming ini.

Percayalah, dengan proramming mungkin penat dan susah pada awalnya, tetapi bila anda berjaya menyiapkan sesuatu projek ataupun menghasilkan sesuatu daripadanya. Ianya adalah antara perasaan yang tidak dapat digambarkan.

Untuk memberi sebarang komen terhadap tip-tip yang diberikan, bolehlah komen di bawah dan silalah share jika post ini dapat membantu sesiapa yang ingin memulakan perjalanan dalam bidang programming ini. Terima kasih.